Friday, June 18, 2010

Gelaran Datuk Chua Jui Meng Dilucut...Implikasinya?

Chua jui Meng telahpun ditarik gelaran Datuknya..walhal kalau dikaji dan diteliti antara Chua Soi Lek dan Chua Jui Meng , reputasi Chua Jui Meng lebih baik , menyerlah telus dan bersih.
Memang kadangkala kesilapan manusia sering berlaku dimana-mana . Bila silap dalam keadaan memandu kemungkinan besar kita kemalangan , silap keputusan masa depan rosak , silap strategi permainan bola kalah , silap percaturan strategi peperangan musnah , silap pilih pekerjaan jadi membosankan ,silap pilih kawan rosak badan , silap hisap merana diri, semuanya gara-gara silap.
Apa pulak silapnya Chua Jui Meng sehingga gelaran ditarik balik..walhal kalau diteliti Chua Soi Lek lebih memalukan warga Johor bahkan seluruh Malaysia. Inilah yang merunsingkan kita semua apabila penilaian manusia di dalam membuat keputusan ekoran fahaman sempit yang merosakkan dan memecahkan.
Justru itu nilailah apa neraca yang kita pakai? Anak cucu cicit kita akan melihat samada kita berbuat sesuatu kebaikan ataupun kerosakan...

Tuesday, June 8, 2010

Portal Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) - Sabak Bernam Ahli Tertinggi SMUE

Portal Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) - Sabak Bernam Ahli Tertinggi SMUE

Lelaki gendut kembali ke PKR

Saya telah mengikuti perkembangan Parti Keadilan Nasional (PKN) dari dulu lagi. Dalam sejarah awalnya, parti ini ditubuhkan di Hotel Renaisance Kuala Lumpur pada tahun 1998. Pelancaran PKN ini berlangsung disebuah hotel yang agak chic dan mahal.







Saya tidak masuk pun ke dalam dewan hotel itu. Saya hanya berlegar di tepi jalan di hadapan hotel. Saya ternampak ramai lelaki berperut gendut dan berbaju batik berlengan panjang keluar masuk dalam hotel. Saya berdiri di tepi jalan sebagai pemerhati dari jauh.






Babak petama di Hotel Renaissance ini berlangsung ketika ramai penyokong Anwar Ibrahim menganggap tidak lama lagi Anwar akan menjadi perdana menteri. Maka mereka pun melabur. Melabur untuk parti politik ini adalah teras hegemoni budaya Gerombolan United Malays National Organistion.






Dalam pilihan raya tahun 1999 - ramai juga lelaki berperut gendut dan berbaju batik yang menampil diri dan melabur lagi. Perlaburan mereka jatuh meleset. Maka berakhirlah zaman 'pink form Anwar Ibrahim'. Maka bermulalah zaman realis bahawa kuasa bukan di tangan individu atau kerana retorik individu tetapi dengan penyusunan ombak rakyat yang kompak untuk mendobrak kerajaan zalim BN.






Saya datang ke kongres parti hanya untuk melihat. Bukan untuk mendengar ucapan atau untuk mendengar gebang ahli-ahli politik. Sekali sekala saya mendengar juga. Tapi ini bukan tujuan asal. Saya menghadirkan diri untuk memerhatikan apakah yang dipakai oleh orang yang datang ke perhimpunan tersebut. Atau apa baju dan kasut yang di pakai oleh ahli-ahli parti. Untuk saya ini lebih penting dari seribu ucapaan.






Ketika Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan PKN bercantum pada tahun 2002 - satu upacara telah di adakan di Dewan Perhimpuan Cina Kuala Lumpur. Ketika itu saya datang menebeng dan melihat dari jauh. Saya perhatikan dewan besar tidak penuh - banyak kerusi kosong. Lelaki berperut gendut dan berbaju batik hampir pupus.






Ada muka-muka baru yang saya lihat ramai - apek China memaki baju-t berkolar dan berselipar. Ini pendatang baru. Lalu saya mengambil kesimpulan bahawa si apek yang berselipar ini pastilah datang dari PRM. Yang berkopiah putih tidak bagitu ramai. Yang berbaju Melayu, bersamping dan bersongkok langsung tidak kelihatan. Mak cik bertudung labuh pun tidak kelihatan. Anak muda kelihatan ramai.






Kongres di tokong amat radikal






Dari pemerhatian ini saya mengambil kesimpulan bahawa satu budaya baru telah muncul di dewan perhimpuan Cina ini. Malah satu sejarah terlakar kerana percantuman dua parti politik yang berasaskan warga Melayu telah diadakan di dewan perhimpuan Cina dan dihadiri oleh ramai apek Cina dan anak muda. Selipar Jepun dan baju-t Pagoda telah diterima untuk masuk ke persidangan.






Zaman berarak dan beredar. Satu lagi kongres PKR telah diadakan. Kali ini di Ipoh. Saya juga datang menumpang untuk melihat siapa yang datang dan apa pakaian yang akan dipakai. Dalam negara kuku besi seperti Malaysia ini bukan senang sebuah parti pembangkang untuk mendapat tempat mengadakan persidangan.






Jika hotel dilamar - hotel ini akan diberi amaran. Dewan milik orang ramai yang bersepah-sepah tidak mungkin dibenarkan untuk dipakai oleh parti pembangkang. Puak gerombolan akan menindas dengan pelbagai cara untuk memastikan kuasa terus di tangan mereka. Akhirnya kongres PKR di Ipoh telah diadakah di sebuah tokong.






Nah! Ini satu sejarah lagi. Bayangkan kongress PKR diadakan di Tokong Cina. Rasa kekok orang Melayu di dalam dewan tokong Cina tidak wujud lagi. Ini satu pembudayan yang amat radikal. Kalau dahulu di dewan perhimpunan Cina - kali ini di Tokong Cina. Kini PKR telah bergerak jauh dari hegemoni budaya gerombolan.






Ketika kongres di tokong ini berjalan saya perhatikan lelaki berperut gendut dan berbaju batik berlengan panjang tidak seramai di Hotel Renaisance dahulu. Ramai yang datang berpakaian agak lekeh dan sempoi. Untuk saya ini satu petanda yang amat membanggakan. Selipar dan baju-T pagoda sekali lagi menjadi trend di Ipoh.






Saya perhatikan yang datang ke tokong itu terdiri dari mak cik dan pak cik yang datang dengan bas dari Pahang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Memang dari wilayah yang jauh mereka datang. Mungkin kerana berita telah tersebar Anwar Ibarahim yang telah bebas akan datang ke kongres di Ipoh.






Saya tidak muncul di kongres Pulau Pinang dan di Seremban. Saya terlupa sebab apa saya tidak datang. Jadi saya tidak ada catitan jenis pakaian apa yang terdapat di kongres tersebut. Apa yang saya amat yakin ialah lelaki berperut gendut dan berbaju batik mula berkumpul kembali. Mereka datang kerana Anwar Ibrahim telah di bebaskan. Mereka menunjukkan muka sekali lagi. Ini juga sebagai pelabur saham. Budaya germbolan datang sekali lagi dalam PKR.






Minggu lepas saya ke Kota Bahru. Saya datang menebeng dan tumpang melihat kongress ke-6PKR. Kali ini semuanya telah berubah. Kongres kali ini diadalah sesudah 8 Mac 2008 - ertinya satelah mendapat kemenangan dan wujudnya Pakatan Rakyat.






Hilang indentiti






Kongres Angkatan Muda Keadilan diadakan di satu tempat peranginan di Pantai Cahaya Bulan. Saya sampai awal pagi. Ketika saya sampai, apa yang saya dengar hanya desiran ombak. Esoknya saya lihat tempat bersidang yang agak lumayan berbanding dengan tokong di Ipoh dahulu. Lebih tersusun dan teratur. Para perwakilan ada bilik dan tempat penginapan. Ini lumayan.






Untuk saya gerakan anak muda ini paling penting. Anak muda adalah nadi sesebuah organisasi politik. Tanpa tenaga muda tidak mungkin ada parti politik yang boleh berkembang. Bila saya menjenguk muka ke dalam dewan persidangan AMK - saya senang hati kerana hampir 400 orang anak-anak PKR muda sedang berdebat dan berbincang.






Kemudian saya terlihat ramai perwakilan di dalam dewan yang memakai baju biru. Mungkin ini baju rasmi AMK. Ini satu kesilapan besar. Anak muda yang berseragam sampai dunia kiamat pun tidak akan dilihat cool. Anak muda cool pemecah ruyung tidak akan mengikut arahan bagaimana harus berbaju atau berseluar. Yang suka berseragam adalah mereka yang suka ditarik hidung. Pakaian seragam diwujudkan agar individu hilang identiti diri. Saya hanya tersenyum - bermula dengan berbaju biru dan mungkin akan berakhir dengan berperut gendut dan berbaju batik berlengan panjang.






Esoknya saya masuk ke Dewan Kelantan Trade Center. Saya pun tidak faham kenapa bangunan ini dipanggil Kelantan Trade Center. Apakah dengan pengunaan bahasa Inggeris ini akan membuktikan bahawa kerajaan Kelatan ini hebat dan berwibawa. Jika ini hujah nya maka ini samalah seperti drama swasta yang menggunakan "I" dan "You" untuk membuktikan bahawa para pelakon drama ini berilmu.






Dalam dewan saya perhatikan bahawa tradisi lelaki berperut gendut dan memakai baju batik berlengan panjang semakin berkurang. Lelaki berperut gendut dan memakai baju batik berlengan panjang ini ramai telah keluar dari PKR. Tetapi jangan silap baca masih ramai lagi lelaki jenis ini menjalar dalam PKR. Tetapi buat sementara waktu mereka tidak memakai baju batik dan telah cuba mengempiskan perut.






Kenapa saya memperlekehkan lelaki berperut gendut dan berbaju batik lengan panjang? Jawabnya cukup senang. Perhatikan muka yang telah lari meninggalan PKR. Perhatikan perut mereka. Semuanya gendut dan boroi. Mereka juga sering dilihat memakai baju batik berlengan panjang.






Untuk saya baju batik berlengan panjang muncul dari hegemoni budaya gerombolan United Malays National Organisation. Saya anggap perkara yang paling bodoh yang kita lakukan ialah meniru apa yang dilakukan oleh musuh kita. Menerima apa yang dibudayakan oleh musuh membuktikan kita tidak memiliki fikrah untuk melakonkan yang baru.






Kita bukan sahaja wajib menolak parti gerombolan. Kita juga wajib menolak budaya yang disebarkan oleh gerombolan. Berperut gendut dan berbaju batik lengan panjang adalah budaya gerombolan. Ini wajib dilupuskan. PKR wajib melahirkan seni dan budaya sendiri. Jangan jadi malas hanya dan menerima baju batik berlengan panjang sebagai budaya. Kerana malas, maka perut jadi gendut
 
 
By : Hishamuddin Rais


Jun 5, 10

1:33pm

SEMINAR HARAPAN BARU MALAYSIA

Seminar Hrapan Baru Malaysia (SEHARUM)

Tarikh : 12 Jun 2010
Masa : 7.30pg - 11.00 malam
Tempat : Dewan Annex SUK

Semua anggota KEADILAN dijemput hadir. Sila maklumkan kehadiran anda kepada Setiausaha Cabang atau hubungi Pejabat Cabang.

Saturday, June 5, 2010

Malaysia Waves: Apa Salahn ya KSSB Beri Bonus?

Malaysia Waves: Apa Salahn ya KSSB Beri Bonus?

Kempen Doa Laknat Kepada Konspirator2 Pembelian Wakil-Wakil Rakyat PKR

“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.

Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.

Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.


AMINNNNN”


Friday, June 4, 2010

Ateisme, Tuhan, dan Agama | JalanTelawi [Beta]

Ateisme, Tuhan, dan Agama JalanTelawi [Beta]

Sajak sajak Palestina

( karya Habiburrahman El Syirazy )

Sajak-sajak yang akan saudara baca di bawah ini adalah sajak-sajak yang ditulis oleh seorang sastrawan Indonesia lulusan Universitas Al Azhar Cairo, Mesir. Pengasuh Pondok Pesantren karya dan wirausaha BASMALAH INDONESIA Ini telah memperoleh banyak penghargaan sejak sekolah di Madrasah Aliyah, salah satunya adalah the Most Favorite Book and Writer 2005 lewat novel fenomenalnya “ Ayat-Ayat Cinta “ yang menjadi best seller dalam waktu yang relatif singkat. Puisi-puisi ini ditulis dan di bacakan pada malam Peduli Umat: Poso dan Palestina, yang diadakan oleh KKS dan SINAI di Auditorium Wisma Nusantara, Nasr City, Cairo. Pada hari selasa, 19 Oktober 2000.

TANTANGAN SI KECIL MUHAMMAD AL DORRAH KEPADA SELURUH TENTARA ISRAIL SEDETIK SEBELUM AJALNYA DATANG MENJELANG


Dengan membusungkan dada
Dada yang merah menyala
Dengan mengepalkan tangan kanannya
Tangan yang merah menyala
Ia teriakkan sebuah tantangan
Tantangan yang merah menyala
Kepada seluruh tentara Israil yang durjana
“Ayo, tembakkan seluruh peluru kalian

Pada dadaku dan dada seluruh anak palestina
Maka kalian akan kalah bersama keputusasaan
Dan kami akan menang bersama keyakinan!”


DOA SI KECIL MUHAMMAD AL DORRAH UNTUK ARIEL SHARON SANG JAGAL MANUSIA SEDETIK MENJELANG AJALNYA DATANG

Dengan bibir bergetar menahan derita, derita anak-anak Palestina
Ia berdo’a untuk Ariel Sharon sang Jagal Manusia
Aku doakan kau Sharon semoga berumur panjang
Agar kau dapat terus menyalurkan hobi gilamu
Membunuh anak-anak kecil tanpa dosa
Di palestina dan di mana saja
Sejarah akan menulismu sebagai musuh manusia
Batu-batu akan merajammu serta-merta
Dan tuhan akan membinasakanmu dengan penuh murka
Dan mengutukmu dengan sejadi-jadinya
Kelak di neraka!


CARA ORANG PALESTINA BERBUKA PUASA

Orang-orang Islam sedunia berbuka puasa
Dengan kurma dan makanan yang lezat lainnya
Tapi orang-orang Palestina berbuka puasa
Dengan batu-batu dan luka-luka menganga


CARA ORANG PALESTINA BERHARI RAYA

Tiap hari orang Palestina berhari raya
Merayakan gugurnya pahlawan mereka
Bunga-bunga surga
Menemani hari-hari mereka


dan di bacakan pada malam Peduli Umat: Poso dan Palestina, yang diadakan oleh KKS dan SINAI di Auditorium Wisma Nusantara, Nasr City, Cairo. Pada hari selasa, 19 Oktober 2000.

ARMAGEDDON :Bangsa Yahudi Akan Hancur Pada Tahun 2012??? « Ahsin Muslim’s Weblog

ARMAGEDDON :Bangsa Yahudi Akan Hancur Pada Tahun 2012??? « Ahsin Muslim’s Weblog

Jangan kerana Apco, kerajaan 'kaku & kelu'

Mohd Shafiee Hashim Jun 2, 10 10:30am



Situasi flotila kebebasan sehingga hari ini dilaporkan sebanyak 480 orang pro-Palestin telah ditahan . Misi mereka yang hanya mahu menghantar bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza telah mendapat tentangan yang hebat daripada rejim Israel.



Seluruh rakyat Malaysia dan dunia luar memberanikan diri keluar ke jalan menunjukan rasa marah dan ketidakpuasan hati terhadap kekejaman Zionis Israel ke atas kumpulan pro-Palestin yang bergegas ke Gaza.



Situasi genting ini menyebabkan Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar semalam. Namun begitu tiada satu resolusi bertindak yang tegas terhadap kekejaman yang dilakukan.



Pada masa yang sama kebayakan pemimpin utama dunia memberi respon mengutuk tindakan Israel tersebut termasuk Malaysia sendiri.



Namun begitu , pro-Mahasiswa nasional begitu kecewa dengan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sehingga masih lagi membisu dan hanya berani mengeluarkan dalam kenyataan "politik".



Pro-M juga kesal dengan sikapnya yang bertindak menyuruh Wisma Putra supaya mengemaskini maklumat terhadap apa yang berlaku kepada sukarelawan negara di perairan Gaza sahaja , namun tindakan bagaimana pula yang mahu di ambil?



Sebaliknya Pro-M berbangga dengan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Muhammad yang tegas mengkritik dan menggesa agar tindakan tegas diambil segera terhadap kekejaman rejim Israel. Seharusnya Najib wajar mencontohi sikap seperti mantan perdana menteri yang lama.



Pro-Mahasiswa menggesa Najib segera mengadakan mensyuarat tergempar kabinetnya khusus membincang tentang perkara ini. Mahasiswa tidak mahu kelesuan kepimpinan negara dalam menyatakan pendirian dan tindakan tegas mereka dalam isu sejagat ini di sebabkan dakwaan kepada mereka yang selama ini mempunyai kaitan sulit dengan negara Israel dalam kerjasama membaik pulih imej negara Malaysia menerusi syarikat perunding khas Apco Worldwide. Jika benar , Pro-M turut mengutuk dan menggesa kerajaan batalkan terus pakatan berkenaan.



Pro-M menyeru mahasiswa dan seluruh rakyat Malaysia agar bangkit nyatakan sikap mereka yang bencikan kepada kezaliman dan penindasan dalam apa jua bentuk sekalipun.



Penulis adalah pengerusi, Pro-Mahasiswa Nasional

200 sertai demo BN di Masjid Negara - Malaysiakini

200 sertai demo BN di Masjid Negara - Malaysiakini

RAKYAT MARHAEN: LL4 GAZA - DEMO

RAKYAT MARHAEN: LL4 GAZA - DEMO

Anwar: Memo ke Washington minggu depan - Malaysiakini

Anwar: Memo ke Washington minggu depan - Malaysiakini

RAKYAT MARHAEN: Gaji guru sekolah agama rakyat hanya RM450 sebulan!

RAKYAT MARHAEN: Gaji guru sekolah agama rakyat hanya RM450 sebulan!

RAKYAT MARHAEN: Negara Tidak Akan Bankrap Jika Subsidi Diteruskan - Awang Adek ..ha.ha...ha...

RAKYAT MARHAEN: Negara Tidak Akan Bankrap Jika Subsidi Diteruskan - Awang Adek ..ha.ha...ha...

Dr.Badrulamin

Dr.Badrulamin

Facebook

Facebook Pemuda PR VS Pemuda UMNO

Wednesday, June 2, 2010

Kes kapal selam: Peguam Perancis tak takut ugutan - Malaysiakini

Kes kapal selam: Peguam Perancis tak takut ugutan - Malaysiakini

Scorpene: Polis Perancis serbu pejabat DCNS - Malaysiakini

Scorpene: Polis Perancis serbu pejabat DCNS - Malaysiakini

12 rakyat Malaysia ditawan Israel dibebaskan - Malaysiakini

12 rakyat Malaysia ditawan Israel dibebaskan - Malaysiakini

Perisik Rakyat®: Konvensyen Nasional PKR

Perisik Rakyat®: Konvensyen Nasional PKR

GERAKAN MAHASISWA SEDAR

GERAKAN MAHASISWA SEDAR




Gerakan Mahasiswa Sedar ( GMS ) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( KUIS ) mengecam tindakan Tentera Israel yang telah menyerang konvoi bantuan kemanusiaan yang sedang dalam perjalanan menuju ke Gaza sehingga menyebabkan lebih 20 aktivis pro-Palestin terbunuh manakala puluhan yang lain tercedera.



Konvoi bantuan kemanusiaan untuk rakyat palestin yang dikenali sebagai ‘Freedom Flotilla’ telah berlepas pada 27 Mei 2010 dari pelabuhan di Turki menaiki kapal yang diberi nama ‘Mavi Marmara’ ketika itu sedang belayar menghampiri Gaza. Kapal yang sarat dengan muatan turut membawa 700 penumpang itu telah diserang dengan helicopter Tentera Israel.



Konvoi ini juga diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) yang membawa 10,000 tan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Gaza. Selain itu, terdapat lebih daripada 50 buah negara menyertai konvoi terbesar ini. Bahkan, tiada sebarang bentuk persenjataan dibawa oleh sukarelawan konvoi walaupun tujuan untuk mempertahankan diri.



Ternyata tindakan ganas dan kejam tentera negara haram Israel ini sememangnya tidak boleh diterima walau apa jua alasan yang diberikan memandangkan bantuan yang dihantar hanyalah sekadar bantuan kemanusiaan dan bukanlah situasi perang melainkan sekelompok aktivis kemanusiaan yang membawa bantuan perubatan, pendidikan dan pembinaan bagi rakyat Gaza yang menderita akibat sekatan yang dikenakan.



GMS mendesak dan menggesa Kerajaan Malaysia, anggota PBB, OIC, pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, Majlis Perwakilan Mahasiswa di seluruh kampus, gerakan-gerakan mahasiswa dan semua pihak supaya terus bangkit dengan lantangnya mengutuk tindakan kejam Zionis Israel dan menuntut agar misi kemanusiaan terbesar ini dibenarkan masuk serta dapat menghantar bantuan ke bumi Palestin Gaza.



GMS juga meyokong segala usaha yang akan dilakukan oleh badan-badan politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, 'front-front' mahasiswa dan semua pihak untuk menunjukkan ketidakpuashatian umat Islam dan rakyat Malaysia terhadap tindakan kejam regim Zionis ini.



GMS turut berpendapat bahawa tindakan kerajaan Malaysia yang terus menerus menjaga hubungan baik dengan International Advisory Council (APCO) yang merupakan konsultan yang mempunyai kaitan jelas dengan Israel telah menguatkan lagi tanggapan buruk rakyat Malaysia terhadap kepimpinan Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan ia dilihat seperti merestui hubungan baik Malaysia-Israel.



GMS juga menyeru kepada semua rakyat Malaysia dan mahasiswa Islam di seluruh dunia agar melakukan Solat Hajat dan Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan aktivis konvoi dan rakyat Palestin.



AHMAD SHUKRI KAMARUDIN

Aktivis Gerakan Mahasiswa Sedar ( GMS )