Wednesday, June 2, 2010

Kes kapal selam: Peguam Perancis tak takut ugutan - Malaysiakini

Kes kapal selam: Peguam Perancis tak takut ugutan - Malaysiakini

Scorpene: Polis Perancis serbu pejabat DCNS - Malaysiakini

Scorpene: Polis Perancis serbu pejabat DCNS - Malaysiakini

12 rakyat Malaysia ditawan Israel dibebaskan - Malaysiakini

12 rakyat Malaysia ditawan Israel dibebaskan - Malaysiakini

Perisik Rakyat®: Konvensyen Nasional PKR

Perisik Rakyat®: Konvensyen Nasional PKR

GERAKAN MAHASISWA SEDAR

GERAKAN MAHASISWA SEDAR




Gerakan Mahasiswa Sedar ( GMS ) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( KUIS ) mengecam tindakan Tentera Israel yang telah menyerang konvoi bantuan kemanusiaan yang sedang dalam perjalanan menuju ke Gaza sehingga menyebabkan lebih 20 aktivis pro-Palestin terbunuh manakala puluhan yang lain tercedera.



Konvoi bantuan kemanusiaan untuk rakyat palestin yang dikenali sebagai ‘Freedom Flotilla’ telah berlepas pada 27 Mei 2010 dari pelabuhan di Turki menaiki kapal yang diberi nama ‘Mavi Marmara’ ketika itu sedang belayar menghampiri Gaza. Kapal yang sarat dengan muatan turut membawa 700 penumpang itu telah diserang dengan helicopter Tentera Israel.



Konvoi ini juga diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) yang membawa 10,000 tan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Gaza. Selain itu, terdapat lebih daripada 50 buah negara menyertai konvoi terbesar ini. Bahkan, tiada sebarang bentuk persenjataan dibawa oleh sukarelawan konvoi walaupun tujuan untuk mempertahankan diri.



Ternyata tindakan ganas dan kejam tentera negara haram Israel ini sememangnya tidak boleh diterima walau apa jua alasan yang diberikan memandangkan bantuan yang dihantar hanyalah sekadar bantuan kemanusiaan dan bukanlah situasi perang melainkan sekelompok aktivis kemanusiaan yang membawa bantuan perubatan, pendidikan dan pembinaan bagi rakyat Gaza yang menderita akibat sekatan yang dikenakan.



GMS mendesak dan menggesa Kerajaan Malaysia, anggota PBB, OIC, pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, Majlis Perwakilan Mahasiswa di seluruh kampus, gerakan-gerakan mahasiswa dan semua pihak supaya terus bangkit dengan lantangnya mengutuk tindakan kejam Zionis Israel dan menuntut agar misi kemanusiaan terbesar ini dibenarkan masuk serta dapat menghantar bantuan ke bumi Palestin Gaza.



GMS juga meyokong segala usaha yang akan dilakukan oleh badan-badan politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, 'front-front' mahasiswa dan semua pihak untuk menunjukkan ketidakpuashatian umat Islam dan rakyat Malaysia terhadap tindakan kejam regim Zionis ini.



GMS turut berpendapat bahawa tindakan kerajaan Malaysia yang terus menerus menjaga hubungan baik dengan International Advisory Council (APCO) yang merupakan konsultan yang mempunyai kaitan jelas dengan Israel telah menguatkan lagi tanggapan buruk rakyat Malaysia terhadap kepimpinan Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan ia dilihat seperti merestui hubungan baik Malaysia-Israel.



GMS juga menyeru kepada semua rakyat Malaysia dan mahasiswa Islam di seluruh dunia agar melakukan Solat Hajat dan Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan aktivis konvoi dan rakyat Palestin.



AHMAD SHUKRI KAMARUDIN

Aktivis Gerakan Mahasiswa Sedar ( GMS )