Friday, September 24, 2010

SEMAKAN DAFTAR KEAHLIAN MELALUI SMS

Untuk makluman kepada semua

TAIP SEMAK (JARAK) NO KAD PENGENALAN HANTAR 0162450530

Pemilihan Cabang Sesi 2010-2013


PERINGATAN BUAT SEMUA AHLI PARTI KEADILAN RAKYAT SABAK BERNAM.
Harap dapat turun ramai-ramai pada 2 Okt ini di Dewan Tun Razak mulai 9am hingga 5ptg untuk memilih Pimpinan Cabang Parti. Undi  anda akan dapat menyelamatkan parti dari di musnahkan oleh orang-otang JAHAT yang di upah oleh UMNO dan golongan GANGSTER.

Calon PILIHAN kita: DR. BADRULAMIN BAHRON.
·          Seorang pejuang REFORMASI yang terbukti setia dengan perjuangan sejak 1998 walaupun menghadapi berbagai ujian termasuk dikurung dalam ISA. Keluarganya di Sabak Bernam semua penyokong kuat Parti.
·         Berilmu (Lulusan Ph.D Undang-undang England. Pensyarah Undang-undang UIA 1984-1999).
·         Beragama (Lulusan al-Azhar, Cairo. Panel Forum Perdana TV1, TV3. Pendakwah).
·         Berakhlaq (Rendah diri. Hormat orang tua, sayang orang muda.  Disenangi semua).
·         Jujur (Tak ada kes menipu, khianat apa lagi mengganggu orang lain).
·         Pemurah (Mudah menghulur bantuan pada semua, tidak kedekut walau dgn musuh).

KITA TOLAK CALON LAIN:
·         Yang banyak kali keluar masuk Parti sejak 10 tahun ini (kaki lompat).
·         Yang bergantung dengan UMNO (terima wang & bantuan UMNO, jadi alat UMNO). Bertanding pun dgn tajaan UMNO.
·         Yang penipu, pengugut, jahat tak berakhlaq, tak sembahyang (tak pernah ke masjid w`pun hari Jumaat, baca Quran jauh sekali, buta hati).
·         Yang baru masuk Parti (pilihan raya 2008 dorg ni masih dgn UMNO BN).
·         Yang Gangster (pukul orang, ugut orang, ada kes dadah di Johor, kes jenayah di Penang, yang mengugut calon AJK tarik diri).
·         Yang jahil (baca fatihah pun tak lepas, wuduk dan solat pun tak tau).

MASA DEPAN PARTI DITANGAN ANDA! BERTINDAK SEKARANG!
KELUARLAH RAMAI2 MEMILIH DR.BADRULAMIN & CALON2 YANG TERBUKTI SETIA. JANGAN GADAI PARTI PADA GANGSTER, ORANG JAHIL DAN JAHAT. AJAK SEMUA AHLI YANG ANDA KENAL 2 OKT INI KE DEWAN TUN RAZAK MULA 9AM – 4PM.

SELAMAT MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB!!!

Saturday, August 28, 2010

LAMAN KL-TODAY.COM » Blog Archive » SUPP Keluar BN: Tunggu Jawapan Presiden

LAMAN KL-TODAY.COM » Blog Archive » SUPP Keluar BN: Tunggu Jawapan Presiden

PEMILIHAN 2010

Parti akan mengadakan pemilihan pimpinan di peringkat Cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada tahun 2010 ini (Pemilihan 2010).

Proses pemilihan kali ini akan berdasarkan perlembagaan KEADILAN yang telah dipinda dan diluluskan di dalam Kongres Nasional Khas 2009 serta oleh pihak Pendaftar Pertubuhan pada 28 April 2010.

Pindaan perlembagaan KEADILAN ini menterjemahkan hasrat Parti untuk menjadi sebuah badan parti politik yang lebih demokratik dan diwakili oleh suara ramai anggota-anggota Parti dalam proses pemilihan pimpinannya.

Seperti mana lazimnya dan menurut kehendak perlembagaan Parti, pemilihan pimpinan Cabang akan diadakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) tahun 2010. Pemilihan pimpinan MPP pula adalah menerusi suatu sesi undian khas yang akan melibatkan keanggotaan Parti secara langsung.
Borang pencalonan boleh diperolehi di Pejabat Cabang atau muat turun http://www.keadilanrakyat.org/en/keadilan/pemilihan-2010

Friday, July 16, 2010

DEMO PASIR

Lebih 200 penyokong Umno cuba merempuh barisan anggota polis di depan bangunan Setiausaha Kerjaan Negeri (SUK) di Shah Alam dalam demonstrasi membantah cara Menteri Besar, Khalid Ibrahim mentadbir pengeluaran pasir di negeri itu.



Mereka meluru ke arah penyokong Pakatan yang berkumpul di dalam kawasan bangunan pentadbiran itu.



Polis bagaimanapun berjaya menenangkan keadaan dan memberikan masa 15 minit untuk masing-masing bersurai.



Penyokong mengejek satu sama lain.



"Umno rompak. Tangkap Toyo," jerit penyokong kerajaan yang diketuai pegawai penerangan kerajaan Selangor, Badrul Amin Bahron.

Sejarah Tercipta, Pakatan Rakyat Selangor Cadang BN Jadi Pengerusi PAC

Usul yang dinanti-nantikan untuk melantik melantik wakil rakyat pembangkang dari BN sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) negeri, dibentang di DUN Selangor hari ini.



Usul untuk melantik Shamsudin Mohd Lias (BN-Sungai Burong) sebagai pengerusi baru PAC Selangor dianggap sebagai satu sejarah.



Di negara-negara maju yang mengamal demokrasi untuk melantik wakil rakyat pembangkang mengetuai jawatankuasa yang serupa dengannya, tetapi Parlimen yang dikuasai BN, sehingga ini, enggan berbuat demikian.



Ketika membentangkan usul tersebut, Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail berkata inisiatif yang diambil kerajaan negeri itu menunjukkan komitmennya dalam menegakkan prinsip-prinsip kecekapan, pertanggungjawaban dan ketelusan.



Beliau menyifatkannya sebagai satu saat bersejarah apabila kerajaan negeri bersedia membuka jalan untuk semak dan imbang.



Rodziah kata pelantikan Shamsudin, jika diluluskan oleh Dewan, akan mempromosikan budaya politik yang sihat dalam pentadbiran.



Pengalaman Shamsudin dalam bidang audit dan semasa berkhidmat sebagai pegawai daerah, menjadikannya sebagai calon yang sesuai untuk menerajui PAC, tambahnya.



Ini, tegas Rodziah, menunjukkan sikap keterbukaan kerajaan negeri Selangor untuk berdepan dengan banyak isu-isu seperti pelombongan (haram) pasir.