Friday, July 16, 2010

DEMO PASIR

Lebih 200 penyokong Umno cuba merempuh barisan anggota polis di depan bangunan Setiausaha Kerjaan Negeri (SUK) di Shah Alam dalam demonstrasi membantah cara Menteri Besar, Khalid Ibrahim mentadbir pengeluaran pasir di negeri itu.



Mereka meluru ke arah penyokong Pakatan yang berkumpul di dalam kawasan bangunan pentadbiran itu.



Polis bagaimanapun berjaya menenangkan keadaan dan memberikan masa 15 minit untuk masing-masing bersurai.



Penyokong mengejek satu sama lain.



"Umno rompak. Tangkap Toyo," jerit penyokong kerajaan yang diketuai pegawai penerangan kerajaan Selangor, Badrul Amin Bahron.

No comments: