Monday, January 4, 2010

SAMA TAPI TAK SERUPA!!!


Jangan samakan BN dengan PKR 

SABAK BERNAM – Jangan samakan Barisan Nasional Bahagian Sabak Bernam dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Sabak Bernam,” kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian berkenaan, Datuk Warno Dogol. 

Menurutnya, BN tidak sambil lewa malah komited dalam memberikan kesejahteraan dan keselesaan kepada rakyat. 

“Kita baiki surau, masjid, jalan dan kita juga bina sekolah. Pelbagai insentif dan subsidi petrol diesel, gula, tepung, minyak masak dan lain-lain lagi. 

“Kita juga berikan bantuan pendidikan kepada pelajar miskin, rumah untuk orang miskin kita bina dan baik pulih. Sudah banyak yang kerajaan lakukan dan kita tidak mengabaikan kesejahteraan dan keselesaan pelbagai aspek kepada rakyat,” katanya. 

Katanya mengulas dan menyangkal kenyataan Ketua Ranting PKR Teruna Jaya, Mohammad Shukor Abd Latif, yang menyamakan PKR Cabang Sabak Bernam dengan BN Bahagian Sabak Bernam yang didakwa sambil lewa dalam memberikan kesejahteraan dan keselesaan kepada rakyat. 

Warno berkata, kenyataan yang dikeluarkan Mohammad Shukor memperlihatkan beliau seperti orang yang angkuh dan enggan mengakui bahawa BN komited bukan seperti PR yang banyak berjanji tetapi masih banyak yang belum dipenuhi. 

“Sikapnya suka membangkang pasti akan sentiasa mencari jalan untuk menyalahkan BN. Kita sudah berusaha memberikan kesejahteraan dan keselesaan kepada rakyat dalam semua aspek. Cuma beliau sahaja tidak mensyukuri apa yang disediakan oleh BN. 

“Beliau tidak hadir dalam majlis penerangan yang dianjurkan oleh BN, menyebabkan faham dengan apa yang dilakukan oleh BN. Jadi tidak hairan jika beliau tidak mempercayai BN, namun apa yang lebih malang, kepimpinan dan tindakan PKR Cabang Sabak Bernam juga tidak dipercayai dan dipertikaikan,” katanya. 

Baginya, sudah tentu, PKR Cabang Sabak Bernam memikirkan semasak-masaknya dan mencari jalan yang terbaik dengan memecat sebahagian jawatankuasanya. Berkemungkinan mereka yang dipecayai adalah mereka yang menyusahkan dan mengganggu gugat pentadbiran PKR Cabang berkenaan dan menyebabkan mereka yang terlibat tidak berpuas hati.

No comments: